ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Jubli Emas Saberkas.

ACWA Power berminat melabur dalam tenaga boleh diperbaharui di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat berpangkalan di Saudi Arabia, ACWA Power berminat untuk melabur dalam tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, syarikat pelaburan tersebut ingin membangunkan industri tenaga hidrogen dan tenaga yang boleh diperbaharui yang lain bersama-sama Sarawak.

Bagaimanapun katanya, jumlah pelaburan tersebut belum diketahui kerana masih dalam perbincangan antara Sarawak Energy Berhad dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

“Mereka melabur dalam tenaga yang diperbaharui dan mereka mempunyai teknologi fotovoltaik suria terapung,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Makan Malam Jubli Emas Saberkas, di sini malam tadi.

Khamis lalu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada ACWA Power di pejabatnya bagi membincangkan potensi pelaburan tersebut.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Ketua Pegawai Operasi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) Dr James Foo berkata, ACWA Power ingin melabur dalam industri ammonia hijau di Sarawak.

Katanya, perbincangan diadakan bersama-sama Abang Johari dan SEB, Petros Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) serta agensi berkaitan.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti