SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mendedahkan bahawa terdapat penduduk rumah panjang yang dikenakan sekatan pergerakan di sini melarikan diri melalui jalan hutan.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa ada tindakan sebegitu di kalangan penduduk yang dikenakan sekatan pergerakan.
Stanley bagaimanapun tidak mendedahkan rumah panjang terbabit yang bertindak sedemikian.
“Pihak kami tidak dapat menghalang tindakan mereka itu disebabkan anggota yang terhad disamping faktor keluasan kawasan yang perlu dikawal.
“Tindakan ini memang kita tidak nafikan kerana anggota kita hanya mengawal laluan keluar masuk sesebuah rumah panjang tersebut,” katanya sebentar tadi.
Stanley berkata, beliau dimaklumkan bahawa terdapat ladang yang terletak di belakang rumah panjang terbabit dan mereka boleh berjalan kaki sehingga dua hingga tiga jam untuk sampai ke jalan utama.
“Amat sukar untuk kita mengesan dan menghalang tindakan individu berkenaan,” tambah beliau dengan nada kesal.
Sementara itu, beliau memberitahu setakat hari ini terdapat 48 buah rumah panjang di daerah Sibu telah dikenakan sekatan pergerakan.
Jumlah ini juga tidak menentu kerana bergantung kepada kes positif COVID-19 yang berlaku mengikut tempat, ujar beliau.
“Sesebuah rumah panjang itu dikenakan atau tamat dari sekatan pergerakan adalah atas nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelas beliau.

Buku teks digital atau fizikal?
BARU-BARU ini Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan 50,000 komputer riba pada