ARTIKEL

Ada penyandang Dun wanita digugurkan – Fatimah Abdullah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fatimah Abdullah mengesahkan terdapat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kalangan wanita tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.

“Untuk wanita memang ada dalam kalangan kami yang tidak akan bertanding.

“Saya tahu siapa yang tidak akan bertanding atas faktor kesihatan dan sebagainya, tetapi biarlah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mengumumkannya kelak,” katanya.

Fatimah berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Perjumpaan dan Pemerkasaan Ranting Wanita PBB Cawangan N.23 Bukit Semuja di Dewan Serbaguna Ranchan, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap agar bilangan calon wanita tidak akan berkurangan.

“Saya percaya Ketua Menteri juga sedar tentang kepentingan wakil wanita, dan diharapkan kita dapat melihat muka baharu kali ini.

“Ini adalah satu tradisi yang digunapakai oleh PBB, ia terdiri daripada golongan veteran dan juga muka baharu supaya sentiasa ada pelapis,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU