ARTIKEL

Adab bertamu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024.

Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh makna.

Ketika membaca pojok ini, umat Islam menghitung hari untuk berpisah dengan bulan yang cukup istimewa, dan sentiasa ditunggu-tunggu saban tahun.

Seribu kali syukur kita masih dikurniakan nikmat untuk melaluinya.

Selepas ini, nikmat Syawal pula yang dinanti-nantikan.

Penulis yakin bukan seorang dua sahaja yang perasan tentang banyak jenaka atau lelucon berkait adab raya dipromosikan di media sosial.

Misalnya, jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah.

Ada juga tentang pertanyaan yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak seperti; bila nak kahwin?

Berdua lagi (belum ada anak)?

Begitu juga berkaitan sotong merah — janganlah balangnya di pangku (dimakan seorang diri).

Walaupun kedengaran lucu, tetapi memberi kesan mendalam apabila bercakap berkenaan adab.

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Tiada yang lebih berat dalam timbangan Mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak.

Dan Allah benci kepada orang yang keji mulut dan kelakuan,” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

Dalam Islam, kita sebenarnya diajar untuk mengutamakan adab, diikuti dengan ilmu.

Adab dulu, baru ilmu, pasti kita selalu dengarkan?

Para ibu bapa sekalian, ingatkan anak-anak ketika beraya.

Ingatlah, guru pertama yang mengajar adab kepada anak-anak adalah ibu bapa.

TIDAK DIBERI, JANGAN MINTA

Kanak-kanak tidak lari daripada duit raya.

Sejak dahulu lagi, anak-anaklah yang menceriakan suasana Hari Raya.

Kalau di kampung, seawal jam 7.00 pagi lagi ada yang sudah mengetuk pintu rumah tetamu.

Disuruh menjamu juadah raya, ada yang geleng kepala… maka datangnya untuk apa?

Dapat duit raya, baliklah mereka.

Ajarlah anak, makan dan minum apabila dihidang oleh tuan rumah. Jangan banyak cakap.

Tiada angpau raya, jangan pula dikutuk si tuan rumah.

Kalau ada tetapi tidak banyak, bersyukurlah.

Ajar anak perkara sedemikian, ia cukup mudah.

Begitu juga, ingatkan mereka untuk bersalam dengan tuan rumah dan ucapkan terima kasih.

Jangan ngabang terlalu awal (pagi) dan terlalu lewat malam.

Sebenarnya banyak lagi dan ini hanya sebagai peringatan bersama.

Sesungguhnya, anak-anak yang menjaga adabnya, anak yang baik akhlaknya.

MURNIKAN HARI RAYA

Hari Raya merupakan hari untuk semua masyarakat bergembira, saling bermaafmaafan dan meleraikan segala sengketa.

Sebab itu dianjurkan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan taulan.

Tujuannya, mengeratkan tali silaturahim.

Di Sarawak terutama di kampung, Hari Raya memang sangat terasa.

Kampung penulis, tiga hari pertama memang makan sahaja apabila penduduk mengadakan ringgo raya.

Itulah kemeriahan beraya selain ngabang.

Bersempena Aidilfitri yang bakal tiba, bersama-samalah kita meraikannya dalam suasana harmoni.

Bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Jika berkemampuan, bantulah mereka yang memerlukan supaya yang kurang bernasib baik dapat meraikan Aidilfitri seperti orang lain.

Lisan kadang-kadang tak terjaga, namun janji kadangkadang terabaikan.

Hati kadangkala berprasangka, sikap kadangkala menyakitkan.

Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf antara kita.

Syawal akan menjelang.

Mohon maaf zahir dan batin.

BERITA LAIN

Bank makanan siswa

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018. Ia adalah untuk membantu

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

LAIN GENERASI, LAIN PANDANGAN

KALAU dahulu susah, zaman sekarang senang… semua boleh dapat. Pernahkah kita dengar ungkapan demikian? Biasanya ia datang daripada generasi lebih berusia atau lebih tepat, orang

Pilihan laluan kemahiran

SELAIN KATEGORI pekerjaan mengikut tahap kompleks, pekerjaan kemahiran, seperti pekerjaan laluan akademik juga boleh dikategori mengikut jenis pensijilan. Kumpulan persijilan mengikut keperluan perundangan ialah kemahiran

BERITA TERBARU