Trending

Adakah lagu kontroversi Helo Kuala Lumpur dijana AI?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Tular di media sosial dan di beberapa media dalam talian berkaitan tudingan lagu “Helo Kuala Lumpur” menciplak lagu ‘Halo, Halo Bandung’ karya seniman asal Betawi, Ismail Marzuki.

Tribunnews.com melaporkan, mengulas dakwaan pelanggaran hak cipta lagu tersebut, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, berkata, pihaknya masih mengumpul bukti berhubung dakwaan plagiarisme tersebut.

Bagaimanapun, laporan Astro Awani menyebut, hasil semakan di Internet mendapati saluran YouTube berkenaan dimiliki sebuah syarikat beralamat di Hyderabad, Telangana, India.

Syarikat tersebut dikatakan turut menghasilkan pelbagai kandungan siaran termasuk menghimpunkan pelbagai lagu kanak-kanak dari beberapa negara seperti Rusia, Filipina, Jepun, Sepanyol, Arab, Romania dan sebagainya.

Laporan Astro Awani juga mendapati berdasarkan pemerhatian, kandungan berkenaan dipercayai dihasil menggunakan janaan kecerdasan buatan (AI).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru