ARTIKEL

Kredit gambar YouTube Anak Berserah Channel

Adam Kadir dicalon Hadiah Nobel Kesusasteraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Senat Tan Sri Adam Kadir dicalonkan untuk Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun ini yang merupakan anugerah tahunan berprestij oleh Akademi Sweden.

Ia adalah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diwujudkan oleh usahawan Sweden, Alfred Nobel dan dianugerahkan setiap tahun sejak 1901 kepada seorang pengarang dari mana-mana negara yang menurutnya telah menghasilkan karya idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan.

Bercakap kepada Bernama semalam, Adam mengesahkan pencalonannya dan ia kali ketiga berturut-turut beliau dicalonkan sejak 2022.

“Mudah-mudahan saya akan bertuah pada (pencalonan) kali ketiga,” katanya sambil berseloroh ketika dihubungi.

Adam berkata, beliau telah mengarang 17 buku selain menghasilkan ratusan artikel, esei dan kolum untuk siaran akhbar tempatan dan majalah.

Berdasarkan peraturan umum, pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang lepas mendapat pencalonan tiga kali.

Pencalonan adalah berdasarkan kriteria kerja sepanjang hayat dengan produksi penulisan terkini.
Untuk rekod, tiada penulis Asia Tenggara yang memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan setakat ini.

Rabindranath Tagore dari India adalah warga Asia pertama yang berjaya memenangi anugerah itu pada 1913.

Adam berkata, beliau telah menulis dalam pelbagai genre sejak di bangku sekolah ketika mendapat pendidikan di Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan dan memenangi pelbagai hadiah di peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau meneruskan aktiviti penulisannya apabila bergelar mahasiswa di Universiti Malaya pada 1960-an dan berjaya menghasilkan novel pertamanya.

Adam memperoleh LLM dalam Undang-Undang Korporat dan Komersial dari University London, MSc dari Ohio University dan AMP dari Harvard University di Amerika Syarikat. – Bernama

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU