ARTIKEL

ADAM YII

Adam Yii Cadang Peruntukan Penyelenggaraan Khusus untuk Kemudahan RTP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan mewujudkan peruntukan penyelenggaraan khusus bagi kemudahan awam yang dibangunkan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi memastikan kemudahan berkenaan terus berfungsi dengan baik dan memberikan manfaat kepada rakyat dalam jangka panjang.

ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, setiap kemudahan awam yang dibina memerlukan penyelenggaraan berterusan, sekali gus menuntut perancangan lebih sistematik dari segi tanggungjawab, pembiayaan dan pengurusan selepas projek disiapkan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keperluan mewujudkan kerangka penyerahan dan penyelenggaraan yang lebih jelas bagi kemudahan di bawah RTP.

“Saya menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan peningkatan geran operasi, peruntukan penyelenggaraan dan sokongan tenaga kerja kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), dengan mengambil kira pertambahan jumlah kemudahan awam di bawah seliaan mereka.

“Kerajaan juga boleh mempertimbangkan penyediaan peruntukan penyelenggaraan khusus bagi kemudahan RTP berdasarkan jumlah dan jenis kemudahan yang diselenggara oleh setiap PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 dan Usul Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 pada persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Kerajaan Sarawak telah melaburkan sumber yang besar untuk membawa pembangunan kepada masyarakat, justeru usaha memastikan kemudahan yang dibina terus beroperasi dengan baik perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Adam Yii turut mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pengenalan skim pembiayaan bersyarat bagi pelajar yang mengikuti program Asasi yang diiktiraf dan menyediakan laluan ke program ijazah yang layak di bawah Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU