ARTIKEL

LEE KIM SHIN dan rombongan melawat ke Lapangan Terbang Thailand Premium Perishable Lane di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Adaptasi cara pengendalian hab logistik dan terminal trak Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Sarawak bakal mengadaptasi cara pengendalian hab logistik dan terminal trak yang canggih seperti digunakan di Thailand.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, ia memandangkan Negara Gajah Putih itu dikenal pasti memiliki infrastruktur logistik yang canggih.

LEE KIM SHIN meninjau pengendalian logistik di Terminal Lori Phutthamonthon dan Rom Klao.

Untuk itu katanya, pihaknya mengadakan lawatan sambil belajar selama lima hari untuk meningkatkan pengetahuan dari segi perancangan, pengurusan dan pengendalian sistem pengangkutan.

“Input yang diperoleh dari lawatan tersebut penting untuk merangka cadangan terminal trak di Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching.

“Dengan adanya terminal trak ini, besar harapan agar industri logistik di Sarawak dapat bertambah baik, pada masa sama mengurangkan risiko di jalan raya dengan menyediakan tempat letak kenderaan yang betul dan tempat perhentian lori,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mereka menerima maklumat baik bagi merancang dan mereka bentuk pembangunan sektor logistik di Sarawak.

“Ia termasuk sistem pengedaran bagi meningkatkan ketersambungan dan memudahkan pergerakan barangan dengan lancar,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil bermula 27 hingga 31 Ogos lalu ke Lapangan Terbang Thailand Premium Perishable Lane di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Terminal Lori Phutthamonthon di Nakhon Pathom, Terminal Lori Rom Klao di Bangkok serta Depoh Kontena Dalaman TIFFA, di Lat Krabang, Bangkok.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU