ARTIKEL

Adaptasi teknologi satu keperluan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELEPAS lebih 20 tahun menternak secara tradisional, Syed Razuan percaya adaptasi teknologi merupakan satu keperluan yang penting dalam memperkasakan industri penternakan.

Pembiakan haiwan ternakan lebih teratur serta penjagaan kesihatan dan makanan terkawal sekali gus mengurangkan kos pengurusan, masa serta tenaga kerja.

“Pertama, masa terbuang begitu sahaja, selain kadar kematian yang tinggi.

Sebagai contoh, lembu melahirkan anaknya di dalam hutan, kos kematiannya tinggi kerana terdapat risiko pemangsa.

“Dari segi kos kesihatan, ia memerlukan penjagaan rapi apabila berada di kandang, namun jika ia dilepaskan, dari segi pemakanannya mungkin kurang berkualiti, badan kurus kerana dikhuatiri ada cacing.

Malah anak dalam kandungan pun kurang kualiti.

“Jika kita menggunakan teknologi permanian berhadas, ternakan kita dalam keadaan yang baik dan terjaga,” katanya.

Lebih menarik, lembu yang disenyawakan boleh bersalin serentak atau dalam tempoh yang sama dengan lembu lain.

ULTRABUNYI

Selain permanian berhadas, ladang ternakan Syarikat Maju Ternak Albarakah juga menggunakan teknologi ultrabunyi bagi memantau kesihatan kandungan lembu sepanjang sembilan bulan.

Pemantauan berkala daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) juga sebahagian daripada usaha menggalakkan pemanian berhadas serta menyediakan khidmat pakar sekali gus mencegah jangkitan penyakit kelamin.

Penggunaan teknologi itu katanya memudahkan proses pemantauan kesihatan dan kualiti lembu termasuk dari segi perubatan.

“Kita menggunakan teknologi ini untuk memantau kesihatan kandungan lembu dan ia lebih mudah.

“Lembu yang mengandung perlu penjagaan rapi, kita mempunyai pakar melakukan perkara ini termasuk penjagaan ubatan, vitamin,” katanya.

Bagaimanapun, kata Syed Razuan, ia dilakukan secara berperingkat mengikut kapasiti kandang ternakan yang mencukupi.

“Di ladang ternakan kami terdapat 80 ekor lembu, jadi pembiakan itu dilaksanakan secara berperingkat, sebagai contoh bulan pertama kita boleh lakukan pembiakan terhadap 15 ekor lembu dan 15 ekor lagi diteruskan pada bulan depan.

“Manakala, kandang juga memainkan peranan, setiap kandang untuk menempatkan seekor lembu sahaja, ia bagi memastikan kualiti penjagaan terus terjamin, tiada persaingan dari segi pemakanan jika menempatkan lebih daripada seekor lembu dalam satu kandang,” jelasnya.

Jadual pemakanan dilakukan tiga kali sehari untuk memastikan lembu mendapatkan makanan yang cukup dan berjadual.

BERITA LAIN

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,