Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Addrell, Macvin juara Terbuka Beregu Lelaki Badminton PerBas 2021

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TAHNIAH...Ir Aidel Lariwoo (tengah) merakam gambar kenangan bersama pemain juara kategori bergu lelaki terbuka.

KOTA SAMARAHAN: Pasangan beregu pilihan, Addrell dan Macvin menepati ramalan selepas menang mudah 2-0 (21-17, 26-24) ke atas Kong Kong Chee Kiet dan Vong Xiang Wei dalam aksi final Beregu Terbuka Lelaki anjuran Persatuan Badminton Badminton Samarahan (PerBas) 2021, hari ini.

Penguasaan hebat pada set pertama mengukuhkan regu pilihan utama itu merangkul juara Beregu Terbuka Lelaki sempena saingan yang telah bermula pada 24 Oktober lalu.

Biarpun mendapat tentangan sengit pada babak kedua, kedua-dua pasangan tersebut berjaya mengekang pasangan regu Kong Kong Chee Kiet dan Vong Xiang Wei untuk menarik perlawanan sehingga ke set penentuan.

SYABAS…Ir Aidel Lariwoo (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemain kategori bergu wanita terbuka.

Sementara itu, Kategori Beregu Terbuka Wanita pula diungguli pasangan Gladys Tan dan Kristy Tay yang dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 (15-21, 21-14, 21-13) ke atas gandingan Adrienne Chan dan Kam Wei Li selaku naib juara.

Manakala perlawanan akhir kategori lain termasuk Beregu Novis Lelaki Samarahan, Bergu Veteran Lelaki Zon Selatan dan Bergu Novis Wanita telah dilangsungkan minggu lepas.

Kesemua juara dan naib juara pertandingan menerima hadiah wang tunai dan pingat dengan menyaksikan majlis penyampaian hadiah disempurnakan penyandang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Hadir sama pada majlis Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat.

Terdahulu, pertandingan lalu menghimpunkan sebanyak 123 beregu handalan dari beberrapa bahagian seperti Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu, Miri serta kelab-kelab handalan.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News