ARTIKEL

polis

Adik Taib, Muhammad Tufail Mahmud lapor polis terhadap Ragad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Adik kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Muhammad Tufail Mahmud turut membuat laporan polis terhadap isteri abangnya, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi atas dakwaan melarikan Taib yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Pusat Pakar Perubatan Normah.

Dalam laporan polis oleh Muhammad Tufail yang turut tular itu, beliau meminta polis untuk menyiasat perkara itu.

Muhammad Tufail menegaskan, beliau dan ahli keluarga terdekat akan meminta Ragad bertanggungjawab jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas Taib, yang kini dalam keadaan tidak sihat dan memerlukan pemerhatian dan rawatan yang sewajarnya di hospital.

Muhammad Tufail membuat laporan itu kira-kira jam 11 malam tadi, selepas dimaklumkan mengenai laporan polis awal yang dibuat oleh doktor Taib yang bertugas di Pusat Pakar Perubatan Normah di Petra Jaya.

Drama itu terbongkar apabila doktor terbabit mendakwa Ragad pada malam 3 Februari lalu, mengeluarkan Taib dari ICU hospital berkenaan tanpa kebenaran kakitangan ICU serta ahli keluarga terdekat.

Muhammad Tufail dalam laporan itu juga berkata, beliau, adik-beradik lain dan anak-anak Taib hasil perkahwinan pertamanya dengan Allahyarham Puan Sri Laila Taib, tidak mengetahui kedudukan semasa dan status kesihatan atau perubatan Taib.

Beliau juga bimbang Ragad boleh membahayakan nyawa adiknya itu.

LAIN-LAIN BERITA

Johor belajar daripada Sarawak

KUCHING: Lawatan kerja ke Sarawak semalam adalah sebahagian daripada penanda aras projek Transit Aliran Autonomi (ART) yang akan dilaksanakan di negeri Johor. Menurut kenyataanya, Kerajaan

Premier sokong reka bentuk dalaman terkini ART

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong konsep dan reka bentuk dalaman terkini Transit Aliran Autonomi (ART). Sarawak Metro Sdn. Bhd.

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

BERITA TERBARU

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Johor belajar daripada Sarawak

KUCHING: Lawatan kerja ke Sarawak semalam adalah sebahagian daripada penanda aras projek Transit Aliran Autonomi (ART) yang akan dilaksanakan di negeri Johor. Menurut kenyataanya, Kerajaan

Premier sokong reka bentuk dalaman terkini ART

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong konsep dan reka bentuk dalaman terkini Transit Aliran Autonomi (ART). Sarawak Metro Sdn. Bhd.