ARTIKEL

Aduan kerosakan Pan Borneo tidak dihiraukan – Huang Tiong Sii

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Berkali-kali membuat aduan malah bersemuka dengan kontraktor agar lubang dan simpang yang rosak di Lebuhraya Pan Borneo dapat dibaiki, namun usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii itu sering kali tidak dihiraukan.

Beliau berkata pelbagai alasan diberikan dan kerja pembaikan sering ditangguhkan, meskipun ia memberi risiko kepada keselamatan pengguna.

“Saya telah berkali-kali memohon kepada pihak Pan Borneo untuk memperbaiki lubang-lubang, memperbaiki semua simpang jalan di sepanjang jalan Pan Borneo contohnya di sekitar jalan Bulat, Jalan Stok, Jalan Kim San, Jalan Sungai Paoh, Jakar dan sebagainya.

“Sering sekali, aduan ini tidak dihiraukan dan pihak kontraktor memberi pelbagai alasan untuk tidak membaiki atau menyelenggara jalan-jalan terbabit,” katanya ketika membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri sempena persidangan DUN, hari ini.

Huang berkata kontraktor yang tidak mematuhi piawaian keselamatan akan membahayakan pengguna jalan raya seperti lubang tanpa tanda keselamatan, cabang jalan tanpa papan tanda serta keadaan gelap pada waktu malam.

“Saya merayu kepada pihak berkaitan, ini adalah berkaitan masalah keselamatan pengguna dan keadaan jalan-jalan ini adalah dalam keadaan yang sangat serius, ia telah menyebabkan banyak kemalangan jalan.

“Saya merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk memperbaiki dan menyelenggara jalan-jalan simpang dan utama yang terjejas akibat daripada pembinaan Pan Borneo,” katanya.

Selain itu, Huang turut mencadangkan pembinaan satu bulatan di persimpangan Jakar untuk memudahkan pengguna jalan berkenaan masuk ke Jakar atau meneruskan perjalanan ke atau dari Sarikei.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

BERITA TERBARU

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo