Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Adun Batu Kitang, sambut baik cadangan persekutuan kaji semula kadar gaji minimum

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kerajaan Persekutuan mengkaji semula gaji minimum merupakan satu tindakan yang baik namun pada masa yang sama kerajaan haru melihat bagaimana untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Demikian pandangan Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang sambil berkata, Kerajaan Sarawak melakukan yang terbaik untuk mengurangkan beban rakyat dengan membantu golongan yang memerlukan membaik pulih rumah mereka, mengurangkan cukai taksiran, memberi diskaun untuk bil air dan elektrik dan pelbagai lagi bantuan.

“Anda dapat lihat, Pehin Seri Adenan Satem telah mengurangkan cukai taksiran untuk penduduk.

“Dan kini di bawah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan RM 1 juta kepada setiap satu DUN di bawah semua Adun Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membaik pulih dan membina semula rumah dan rumah panjang di kawasan diwakili masing-masing.

“Dengan inisiatif tersebut, kehidupan rakyat terutamanya golongan yang memerlukan akan bertambah baik kerana sebahagian daripada pendapatan mereka yang diperlukan tidak perlu digunakan untuk membaik pulih rumah mereka dan mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk kegunaan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan projek PPRMS di Kampung Lidah Tanah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai gaji minimum negara akan di kaji semula adalah langkah yang baik dan ia mencukupi ketika ini.

“Saya juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat mengurangkan kadar cukai pendapatan. Ini agar rakyat mempunyai wang simpanan yang lebih dan tidak membeban mereka,” kata Khere Chiang.

Tambahnya, pendapatan individu bergantung kepada kepakaran yang diperlukan, oleh demikian, pasaran akan membayar gaji mereka berdasarkan kadar pasaran

“Ia adalah tindakan yang baik untuk mengkaji semula gaji minimum, namun begitu kita juga harus menggalakkan rakyat untuk bekerja dan memberikan rakyat pendidikan yang baik.

“Oleh sebab itu, saya mahukan Kerajaan Persekutuan memberi autonomi kepada kita dari segi pendidikan dan kesihatan. Mereka harus kembalikan semula kepada kita.

“Rakyat Sarawak mahu menjaga kedua-dua bidang ini,” katanya.

Beliau menekankan bahawa memberi pendidikan yang terbaik adalah penting untuk memajukan masyarakat.

“Seperti Singapura, mereka tiada apa-apa, namun mereka mempunyai banyak wang. Jadi, dari mana ini datang? Mereka mempunyai pendidikan yang baik,” kata Khere Chiang.

Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sempena Hari Pekerja berkata kadar gaji minimum dikaji semula bagi memastikan pendapatan pekerja kekal relevan sejajar dengan keadaan ekonomi semasa.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang