Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Adun Beting Maro santuni pengusaha gula apong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BETING MARO: Adun Beting Maro, Razaili Gapor berkata Kampung Tambak, Pusa merupakan pengusaha gula apong terbesar di Sarawak.

Katanya, Kampung Tambak satu-satunya yang mampu mengeluarkan dan memenuhi permintaan tinggi gula apong.

“Permintaan gula apong bukan hanya setakat di Malaysia malah kini menembusi pasaran luar negara.

“Untuk memasuki ke pasaran global, pengusaha perlu mematuhi syarat berkaitan kebersihan gula apong yang dikeluarkan oleh Akta Makanan 1983.

“Kita juga perlu mengubah cara dengan menanam semula pokok nipah untuk menghasilkan lebih banyak gula apong,” katanya seperti dipetik oleh Ukas ketika menyantuni serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada pengusaha gula apong Tambak, Pusa.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak turut memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi pembinaan kilang gula apong di kawasan tersebut.

Selain itu katanya, RM2 juta turut diperuntukkan bagi pembinaan jalan di kawasan pengusaha gula apong Kampung Tambak.

Oleh itu katanya, amat besar harapannya agar para pengusaha gula apong bekerjasama dengan koperasi Kampung Tambak, Pusa dalam memasarkan gula apong.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru