Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Adun Demak Laut serah bantuan untuk penduduk Bako Hilir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Page Hazland Hipni

KUCHING: Susulan pengisytiharan Kluster Bako Hilir, Kuching oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Selasa, Kampung Bako Hilir dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 hingga 25 Mei ini.

Sehubungan itu, Adun Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menyerahkan bantuan makanan kepada 130 Ketua Isi Rumah (KIR) yang diterima Penghulu Kampung Bako, Janibah Hazmi pada Selasa.

“Bermula Rabu, 12 Mei tidak dapat keluar dan menjalani kuarantin bagi pengesanan kes aktif (ACD) dalam mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

“Penduduk diminta mengikuti setiap arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) demi keselamatan semua.

“Banyakkan bersabar dan hadapi cabaran ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri demi keselamatan bersama,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mei 2021

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News