Trending

ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip

KUCHING: ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip telah kembali ke rahmatullah di Pusat Pakar Perubatan Normah, sebentar tadi.

Punca pemergian beliau belum didedahkan, namun ia memberi kesan susulan berlaku dua hari selepas sambutan ulang tahunnya yang ke-72, jatuh pada 13 September (Rabu).

Jenazah Allahyarham kini masih di hospital, kemudian akan diuruskan di Raudhatul Sakinah Kuching (RSK), Semariang dan dijangka dikebumikan pada jam 9 malam ini.

Khabar duka ini sememangnya memberi kesan kepada masyarakat kerana beliau banyak berjasa sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) telah menyandang tanggungjawab sebagai wakil rakyat selama lima penggal.

Sejak DUN ini diperkenalkan pada 1996 sehingga kini, beliau berjaya menjadikan DUN Jepak sebagai kubu kuat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sebelumnya atas tiket Barisan Nasional (BN).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru