Trending

ADUN Kota Sentosa sumbang tujuh lembu korban

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa hari ini menyerahkan tujuh ekor lembu korban bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidiladha di kawasan terbabit.

ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin berkata, usaha itu bagi memupuk semangat perpaduan menerusi ibadah korban di samping menjalinkan hubungan yang baik antara masyarakat setempat.

“Ini antara usaha kita memupuk kerjasama dalam masyarakat dan yang penting menghayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk patuh kepada perintah Tuhan.

“Harapan saya kepada masyarakat untuk terus berganding bahu menjaga keharmonian kaum tidak kira warna kulit, agama dan bangsa untuk tetap bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis di Surau Bidayatul Hidayah, kampung Batu perak, Stakan, hari ini.

SUMBANG… Wilfred (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil Masjid

Wilfred telah bersama-sama menyertai aktiviti sembelihan, melapah, serta membungkus dan seterusnya mengagihlan daging lembu kepada golongan asnaf, anak yatim dan fakir miskin di kawasan berkenaan.

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan golongan kurang berkemampuan selain dapat memeriahkan sambutan raya korban tahun ini,” tambahnya.

Sementara itu, Penyelaras Program Pembangunan Komuniti dan Aktiviti Keagamaan Kota Sentosa Wan Lukmanhakim berkata, sumbangan terbabit bukti tanggungjawab pemimpin kepada rakyat.

Jelasnya, kepimpinan Wilfed  bukti beliau peka dengan program-program atau perayaan lain di kawasan ini.

Tujuh tempat menerima sumbangan lembu termasuk Masjid Darul Barakah BDC, Surau Al-Mukhlis Stutong Melayu, Surau Bidayatul Hidayah Kampung Batu Perak, Kem Ria, Kem Semenggo (Masjid As-Syuhada), kem Penrissen (Masjid Solahuddin Al-Ayubi) dan Pangkalan Udara Kuching.

Majlis turut menyaksikan Wilfred menyerahkan sumbangan MRP berjumlah RM15,000 kepada Kem Penrissen, RM5,000 kepada Masjid Solahuddin Al-Ayyubi dan RM5,000 kepada Masjid Baraqah BDC.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru