ARTIKEL

Datuk Ibrahim Baki (kiri) menyerahkan bantuan kepada kedua-dua mangsa kebakaran di Jalan Satok di sini, hari ini. | Foto: Mohd Alif Noni

ADUN Satok hulur bantuan kepada dua beradik mangsa kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dua beradik di Lorong Satok di sini terpaksa memulakan hidup baharu selepas rumah kediaman mereka musnah dalam satu insiden kebakaran yang berlaku petang Isnin.

Menurut kedua-dua mangsa kebakaran itu, Lim Khiun Lian dan Lim Chiang Lian, yang masing-masing berusia 69 dan 77 tahun, ketika kejadian, mereka sedang memberi makan kucing di tingkat bawah.

“Tiba-tiba kami terkejut apabila terdengar bunyi letupan dari tingkat atas.

“Sebaik membuka pintu, kami diselubungi api dan bahang yang amat panas, mengakibatkan melecur pada bahagian muka dan kaki. 

“Mujur kami berjaya melarikan diri daripada kebakaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kediaman mereka yang terbakar di sini, hari ini.

Sementara itu, prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki, tampil menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Katanya, setiap kali kemalangan atau bencana berlaku di kawasannya, beliau akan sentiasa berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 

“Hari ini, kami menyediakan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga Lim melalui sumbangan saya sendiri.

Baca lain  Penziarah Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah dipinta patuhi peraturan

“Melangkah ke hadapan, kami akan menyusun strategi tentang cara untuk membantu mereka membina semula rumah yang terjejas,” katanya.

Tambahnya lagi, buat masa ini, kedua-dua mangsa sedang berurusan untuk mendapatkan pembayaran insurans mereka.

Bagaimanapun, katanya, jika insurans mereka tidak meliputi segala-galanya, beliau akan cuba membantu mereka.

“Kita mempunyai Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang direka untuk memberi manfaat kepada masyarakat kurang bernasib baik, dan kami boleh memperuntukkan dana daripada program itu untuk membantu mereka,” tambahnya.

Pada petang semalam, kedua-dua mangsa wanita itu melecur pada bahagian muka dalam kebakaran yang membabitkan tiga buah rumah di Lorong Satok di sini, petang Isnin.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

Nora Danish terpaksa tidur hotel

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan. Katanya, dua individu

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan