
KUCHING: Adun Stakan Datuk Hamzah Brahim hari ini mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik (Menteri Perladangan dan Komoditi).
Susulan itu, beliau memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik sebagai Adun Stakan serta jawatan yang baru dilantik itu.
“Saya akan buat yang terbaik untuk kementerian khususnya bagi Sarawak, sambil memikul tugas sebagai Adun.
“Walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam kementerian tersebut, saya berhasrat untuk melalukan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.
Enggan mengulas lanjut, beliau menegaskan sekali lagi bahawa dirinya akan memberi komitmen sebaik mungkin terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan.
Sehubungan itu, upacara yang berlangsung di Putrajaya pagi tadi turut menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia 10 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet di Putrajaya pagi tadi.
Muhammad Kamil Abdul Munim memulakan upacara angkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan.
Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Yuhaizad Abdullah (Menteri Pertanian dan Industri Makanan), Datuk Ton Zalani Mat Darus (Menteri Pertahanan) dan Datuk Haji Rizam Ismail (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
Selain itu, Datuk Suraya Yaacob (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal (Luar Negeri), Dr. Stephen William (Perpaduan), Arul Kumar Jambunathan (Menteri Pengangkutan), dan Yap Yee Vonne (Menteri Belia dan Sukan).