ARTIKEL

Henry (lima kiri) bergambar bersama Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Baraqah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Melayu Seberang Buso. - Foto: JAPEN Bau

ADUN Tasik Biru santuni masyarakat Kampung Melayu Seberang Buso pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 Kampung Melayu Seberang Buso berlangsung meriah di dewan serba guna kampung itu petang semalam.

Program itu, yang menjadi wadah merapatkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan mereka, dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Baraqah dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melayu Seberang Buso.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep, yang turut menghadiri majlis itu, mengucapkan tahniah kepada penganjur.

“Satu gelanggang futsal baharu akan dibina di sini untuk kemudahan bersukan golongan belia, dan dewan serba guna ini juga akan dinaik taraf untuk memberikan keselesaan kepada penduduk kampung,” katanya.

Pada kesempatan itu, beliau telah menyantuni anak-anak penduduk kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sambil menyampaikan duit raya kepada mereka.

Turut menjadi tumpuan penduduk yang hadir pada majlis itu adalah Pertandingan ‘Fashion Show’ Raya Kanak-kanak, karaoke, tarian dan acara cabutan tiket bertuah.

Henry (tiga kiri) beraya di salah sebuah rumah penduduk Kampung Melayu Seberang Buso petang semalam. – Foto: JAPEN Bau

Seterusnya, Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, melawat surau kampung itu dan mengumumkan peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Tahun 2025 sebanyak RM80,000 dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Tahun 2024 sebanyak RM10,000 bagi Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Baraqah Kampung Melayu Seberang Buso.

Beliau bersama-sama dengan rombongannya turut menyantuni masyarakat di situ menerusi ziarah hari raya di salah sebuah rumah penduduk kampung.

Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran Penghulu Kawasan Melayu Bau, Wahab Mainol, Ketua Kaum Kampung Melayu Seberang Buso, Ramli Sabi, dan Pengerusi Surau Al-Baraqah Kampung Melayu Seberang Buso, Hairul Azrin Jafry.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU