PELAKON Aedy Ashraf akui selesa menjalinkan hubungan cinta dengan Amelia Henderson. Malah, Aedy atau Mohammad Aedy Ashraf Rosmadi bersyukur apabila hubungan mereka berdua turut direstui para peminat.
Pada masa yang sama, Aedy sentiasa memberi sokongan kepada teman wanitanya itu dan turut berasa bangga dengan pencapaiannya setakat ini.
Buktinya, Aedy sanggup terbang ke London demi menemani Amelia yang menjadi hos mewakili TikTok di Festival Filem Cannes, baru-baru ini.