ARTIKEL

Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Konvensyen 25 Tahun PKR di IDCC, KL hari ini.

Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan MADANI ketika ini merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang politik mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mengambil contoh Sumbangan Tunai Rahmah (STR), beliau berkata kerajaan menyediakan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini berbanding RM8 bilion tahun lepas, yang memanfaatkan sembilan juta rakyat untuk meringankan beban mereka.

“(Selain itu) Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kita tambah lima kali ganda daripada RM130 juta tahun lalu kepada RM700 juta, (manakala) bantuan untuk murid sekolah, dari Darjah Satu sampai Tingkatan Lima semua pelajar Melayu, pelajar Cina dan pelajar India, termasuk di Sabah dan Sarawak dapat, dengan jumlahnya untuk tahun 2024 ialah RM800 juta,” katanya.

Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata demikian semasa menyampaikan Amanat Presiden sempena Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga menjaga kebajikan penjawat awam menerusi kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan cadangan penambahbaikan yang akan diumumkan pada 1 Mei nanti.

Perdana Menteri berkata, oleh sebab itu kerajaan melaksanakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk membantu kerajaan memberikan bantuan kepada yang layak.

“Ini yang dikatakan ’reform’. Saya nak nasihatkan kawan-kawan yang bicara dan agak sinis terhadap ’reform’, ‘reform’ ini dalam erti kata apa manfaat kepada golongan miskin, pekerja ladang, nelayan di kampung, pekebun kecil Melayu, India di estet, penjawat awam, ini yang mesti disampaikan dan ini memerlukan ’reform’,” katanya.

Selepas konvensyen khas itu, kemuncak sambutan Jubli Perak Penubuhan PKR akan diadakan pada 11 Mei ini pada program Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Sambutan itu dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jaga manah ‘Kumang Menua’ kitai

KUMANG ba budaya kitai Iban chukup besai bendar reti lalu nya ngenang pemajik, pemintar, pemanah budi basa enggau status siku indu dara. Nya alai, ukai