ARTIKEL

Anwar (tengah) dan Gobind (dua kanan) beramah mesra bersama hadirin pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Digital di Menara Usahawan hari ini. | BERNAMA

Agensi, jabatan perlu beri kerjasama jayakan transformasi digital negara – Gobind

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Digital diingatkan untuk terus fokus dan memberikan kerjasama jitu bagi membolehkan usaha transformasi digital negara berjalan lancar. 

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata setakat lima bulan pertama menerajui kementerian itu, beberapa perancangan telah dijayakan namun masih banyak gerak kerja yang perlu dilakukan supaya objektif kementerian tercapai. 

“Kita dapat lihat kerjasama kukuh untuk kita realisasi objektif kita dalam kementerian ini.

“Setakat ini, cukup kerjasama yang saya terima dan saya lihat pasukan cukup komited.

“Saya selaku menteri mohon semua bersatu menuju ke arah setiap insiatif (dirancang) kementerian ini,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Digital di sini hari ini, yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Disember tahun lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata Kementerian Digital dibentuk untuk menerajui usaha transformasi digital supaya negara tidak ketinggalan dan dapat bersaing pantas.
 
Antara agensi dan jabatan di bawah Kementerian Digital adalah Jabatan Digital Negara, MYNIC Bhd (MYNIC), Jabatan Pelindungan Data Peribadi, dan CyberSecurity Malaysia.

Sementara itu, Gobind turut merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi menyantuni warga Kementerian Digital pada sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

“Saya ambil peluang ucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi hadir bersama dan ia penanda aras cukup baik untuk kita.

“Ia memberi semangat kepada warga kementerian,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)