ARTIKEL

Zulazhar (kiri) bercakap dalam program temu bual 'Juh Randau' yang disiarkan oleh UKAS, bersama Ronnie Teo (dua kiri). - Foto: UKAS

Agensi Media Sarawak boleh timba ilmu daripada NUJ pada HAWANA 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Agensi media di Sarawak boleh menimba ilmu daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) yang akan berkunjung ke Sarawak sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 25 Mei hingga 27 Mei depan.

Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Zulazhar Sheblee, berkata kesatuan tersebut turut bersama mengadakan pameran di Atrium Plaza Merdeka pada sambutan tersebut.

Katanya, wartawan di negeri ini boleh mempelajari cara mengolah berita daripada kesatuan yang berasal dari Semenanjung Malaysia itu.

“Mereka (NUJ) akan datang membuat pameran nanti, di situ mereka akan memberi keistimewaan sebagai media di Semenanjung kerana di Sarawak tiada kesatuan.

“Jadi apabila mereka datang ke sini, kita boleh belajar. Saya harap syarikat akhbar boleh belajar daripada mereka,” katanya dalam program temu bual ‘Juh Randau’ yang turut disertai Presiden KDJA, Ronnie Teo Teck Wei, yang disiarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Selain berkongsi pengalaman bersama wartawan Sarawak, Zulazhar berkata, agensi media di sini juga boleh mempelajari bagaimana kesatuan itu amat menjaga kebajikan ahlinya.

Tambahnya, NUJ juga boleh berkongsi pengalaman dengan syarikat akhbar di sini berkaitan perniagaan akhbar dan skim gaji wartawan.

“Di situ kita boleh belajar bagaimana untuk berbelanja dalam akhbar, perniagaan akhbar dan macam mana hendak membayar gaji yang sesuai untuk wartawan dan jurugambar,” ujarnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat