Agensi tunggal urus air Sarawak

SADONG JAYA: Sarawak bakal mewujudkan sebuah agensi yang bertanggungjawab mentadbir urusan berkaitan bekalan air di negeri ini.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, perkara itu telah dibincangkan sejak dua tahun lepas dan sudah dikemukakan kepada Kerajaan Sarawak.

“Sekarang terdapat empat agensi yang menjaga air di seluruh Sarawak,” katanya selepas lawatan kerja ke tapak projek bekalan air di Stesen Pam Penggalak Asajaya dan tapak projek Tangki Aras Tinggi Sadong Jaya, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) menjelaskan, ia merupakan antara usaha untuk memastikan pengurusan lebih sistematik bekalan air di Sarawak pada masa akan datang.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Apr 2021

Suara Sarawak