SARIKEI: Setiap persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, saya berusaha berjuang untuk Sarikei! Agi idup agi ngelaban!
Itu luahan kata-kata semangat Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Sri Huang Tiong Sii bagi menggambarkan
perjuangannya membela rakyat kawasan beliau.
Beliau amat berterima kasih atas sokongan padu rakyat sehingga membolehkan kemenangan beliau dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya lalu.
“Sokongan rakyat pada pilihan raya yang lepas sentiasa terpahat di dalam hati saya, sama ada saya berada di DUN atau di Parlimen.
“Ini janji saya kepada rakyat Sarikei dan Meradong! Sesusah mana pun, saya tetap bekerja kuat setiap hari untuk kebajikan rakyat.
“Namun saya sentiasa berada bersama-sama anda semua,” katanya pada sambutan Majlis Pra Gawai anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sarikei, di sini, malam tadi.
Tiong Sii berkata, sepanjang khidmatnya sebagai wakil rakyat, beliau menggunakan semua peruntukan yang disalurkan Kerajaan GPS untuk memanfaatkan keperluan dan kesejahteraan.
