Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Agih 7,000 bungkus bubur pedas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Yusuf membantu menyampaikan bubur pedas kepada penduduk di Taman Susur Jambu Sarikei.
Yusuf membantu menyampaikan bubur pedas kepada penduduk di Taman Susur Jambu Sarikei.

SARIKEI: Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab mengagihkan sebanyak 7,000 bungkus bubur pedas di seluruh kawasannya bermula hari ini.

Program dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis dengan kerjasama ahli wanita muslim di setiap ranting parlimen berkenaan.

Agihan dilakukan secara berperingkat bermula di Zon Sarikei yang berpusat di Taman Susur Jambu, Taman Selera dan Masjid Kampung Selalang sebelum diteruskan di Bintangor, Zon Tanjung Manis dan Pulau Bruit.

Sehubungan itu, Yusuf ketika ditemui berkata, program itu untuk berkongsi kegembiraan bersama masyarakat Islam Tanjong Manis dan memeriahkan lagi sambutan Ramadan.

“Saya menjangkakan proses agihan selesai tidak lama lagi,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 untuk membantu menjayakan penganjuran program berkenaan.

Program turut melibatkan warga muallaf  Stalun, Muara Payang, Sebayang dan Sare.

Yusuf membantu menyampaikan bubur pedas kepada penduduk di Taman Susur Jambu Sarikei.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News