ARTIKEL

Agong berkenan kurnia 300 individu darjah kebesaran,bintang dan pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Jerantut Ir Khairil Nizam Khirudin.

Mereka mendahului senarai 300 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Turut dikurniakan Darjah JMN ialah Ahli Dewan Negara Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, bekas Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Datuk Suhaimi Jusoh dan bekas Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada bekas Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk Roslan Wahab, bekas atlet boling negara Datuk Shalin Zulkifli dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Rospiagos Taha.

Seri Paduka turut berkenan menganugerahkan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 60 individu antaranya Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Angkatan Tentera Darat Datin Seri Ramlah Dawi dan Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Kuala Lumpur SAC Muhammad Idzam Jaafar.

Daripada keseluruhan 300 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan hari ini, 18 individu menerima Johan Mangku Negara (JMN), 27 penerima Johan Setia Mahkota (JSM), 60 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN) dan tiga penerima Kesatria Setia Diraja (KSD).

Sebanyak 86 individu lagi menerima Ahli Mangku Negara (AMN), 93 penerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 13 penerima Bentara Setia Diraja (BSD).

Hadir sama pada istiadat itu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

– Bernama 

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU