ARTIKEL

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China, Li Qiang, di Istana Negara. - Foto: BERNAMA

Agong berkenan terima menghadap PM China, Li Qiang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China, Li Qiang, di Istana Negara di sini.

Ketibaan Li pada kira-kira 3.30 petang turut diiringi Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, serta delegasi China.

Turut hadir pada sesi menghadap itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad.

Li tiba di Malaysia semalam bagi memulakan lawatan rasmi hingga esok dan ini merupakan kunjungan sulungnya ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac 2023.

Lawatannya juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China selepas pemeteraian Kenyataan Bersama antara Tun Abdul Razak dengan Chou En Lai pada 31 Mei 1974.

Dalam rangka lawatannya hari ini, Li dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala antara kedua-dua negara, dan sebelum itu, Li dijangka menghadiri majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Gombak.

Perdana Menteri China itu turut dijadual menghadiri majlis makan tengah hari bersama komuniti perniagaan dari kedua-dua negara sebelum menamatkan lawatan rasminya ke negara ini esok.

Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009 dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion).

Hubungan Malaysia dan China semakin kukuh susulan peningkatan hubungan dua hala melalui Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013. – BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari