Trending

Agong dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, walhal pembatalan belum lagi diperkenan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda menegaskan kenyataan pada 26 Julai lalu adalah tidak tepat dan mengelirukan Parlimen.

“Permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai lalu telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen.

“Kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang serta dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru