Trending

Agong memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo pada September depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan bakal memandu menelusuri sepanjang Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dan Sabah pada September tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, satu program sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Sabah dan Sarawak berhubung perkara tersebut.

“Difahamkan, bagi program tersebut, Yang di-Pertuan Agong akan memandu bermula dari Telok Melano, Sematan Sarawak sehingga ke Sabah dengan melalui Negara Brunei Darussalam.

“Program tersebut juga bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia tahun ini yang disambut pada 16 September,” katanya.

Ahli Parlimen Kapit itu mendedahkan perkara tersebut selepas selepas meninjau perkembangan pembinaan LPB Pakej Kerja 11 meliputi Jalan Sungai Tangap-Pujut di Miri, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong pada 13 Februari lalu bertitah dan menzahirkan impian mahu memandu menelusuri LPB di Sabah dan Sarawak bagi mengenali lebih rapat rakyat di kedua-dua negeri itu.

Seri Paduka melahirkan rasa sukacita prestasi dengan pelaksanaan projek Fasa 1 LPB di Sabah dan Sarawak yang dimulakan pada 2015 serta dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru