ARTIKEL

Agong payung negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KESETIAAN Kepada Raja dan Negara merupakan antara lima prinsip Rukun Negara.

Ia berada di tangga kedua, selepas Kepercayaan Kepada Tuhan (pertama), disusuli Keluhuran Perlembagaan (ketiga), Kedaulatan Undang-Undang (keempat) serta Kesopanan dan Kesusilaan (kelima).

Rukun Negara merupakan ideologi nasional yang dibentuk pada 31 Ogos 1970, ekoran Peristiwa 13 Mei 1969 yang ‘meragut’ perpaduan antara kaum di Malaysia.

Lima prinsip Rukun Negara adalah kunci keharmonian dan perpaduan kaum, yang membawa kestabilan dan kemakmuran negara.

Salah satu kisah agung disingkap dalam sejarah Melayu Melaka, tentang ketaatan seorang pendekar terbilang nusantara, Hang Tuah, yang berkorban segala-galanya demi raja, termasuk sanggup mengorbankan rakan karib sejati sehidup semati, Hang Jebat.

Kerana taat setia kepada raja, Hang Tuah dengan tekad bulat sanggup membunuh Jebat gara-gara derhaka terhadap sultan, walaupun hakikatnya beliau sendiri yang menjadi mangsa keadaan, sehingga diarah hukum bunuh, tetapi diselamatkan.

Ia adalah demi maruah institusi diraja, dan demi penyatuan umat, bahawa rakyat sekali-kali tidak boleh menderhakai sultan, yang diangkat sebagai ketua utama.

Sejak ratusan tahun kalangan diraja sentiasa dihormati hingga kini dan akan datang, lebih-lebih lagi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi lambang kemegahan, tradisi gemilang, cemerlang dan tonggak harapan masa depan.

Agong menjadi ‘payung negara’, yang menaungi setiap lapisan rakyat jelata, tanpa mengira pangkat, darjat, asal-usul, mahupun bangsa dan agama.

Agong ialah ketua negara dan lambang keunggulan dan kejayaan sesebuah tamadun, serta lambang perpaduan dan kesatuan rakyat.

Baca lain  Mimpi tidak lena pemimpin politik, jutawan

Dari segi sejarah, terdapat 900 takhta kerajaan beraja di seluruh dunia. Sistem beraja atau monarki merupakan kepimpinan tertua di muka bumi.

Namun daripada 193 negara berdaulat, kini hanya tinggal 44 buah negara yang masih mengamalkan sistem beraja.

Secara geografi, terdapat 11 buah negara beraja di Eropah, 14 di Asia, tiga di Afrika, enam di negara Oceania.

Malah negara maju juga tidak menolak sistem beraja, misalnya di England sejak tahun 774.

Begitu juga Jepun, yang mempunyai 125 maharaja, sejak tahun 660, daripada Maharaja Jimmu sehinggalah Maharaja Naruhito.

Yang pasti, majoriti negara yang mengamalkan sistem beraja adalah negara Islam, sembilan di Asia, satu di Afrika dan lapan negara pengeluar minyak.

Sebanyak 16 buah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan, lima negara separa autonomi dan tujuh negara raja secara mutlak.

Sejak zaman berzaman sistem beraja sudah wujud.

Pada awal kurun pertama, terdapat 900 takhta di seluruh dunia, namun sejak 400 tahun terakhir ini, terdapat perubahan besar, berlaku evolusi kerajaan, secara dinamik yang menyaksikan bilangan takhta di seluruh dunia turun mendadak, daripada 900 kepada 240.

Dan pada dekad kelapan abad ke-20, hanya tingggal 44 negara yang mengamalkannya.

Di Amerika Latin misalnya, sistem beraja turut berakhir seawal abad ke-19, apabila lenyapnya era 300 tahun Raja Sepanyol, yang merentas segenap penjuru wilayah, dari Mexico hingga Chile, iaitu dari utara ke selatan benua Amerika Latin.

Baca lain  Tuai rumah celik teknologi

Malah pada era Perang Dunia Pertama, hanya dalam tempoh empat tahun tiga empayar besar tradisi beraja di Eropah turut dimansuhkan di empat negara besar, iaitu Jerman, Australia, Rusia serta empayar Uthmaniah.

Ia termasuk Raja Nepal, Gyanendra Bir Bikram Shah pada 2008, selepas 230 tahun bertakhta. Barbados merupakan negara terakhir setakat ini memansuhkan sistem pemerintahan beraja.

Pada 30 November 2021, Barbados menjadi negara republik walaupun dahulunya sejak merdeka pada 1966, Barbados “meminjam” Ratu England sebagai pemerintah negara.

Namun sejak mangkatnya Ratu Elizabeth II pada 9 September 2022, berlaku gerakan beberapa negara di bawah naungan England, mahu menukar sistem beraja kepada republik.

Malah sebelum Ratu Elizabeth II mangkat turut berlaku satu gerakan di Scotland untuk keluar dari Great Britain, namun referendum tersebut gagal.

Ratu Elizabeth ialah ratu pemerintah 15 buah negara, termasuk United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, Jamaica, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, St Kitts dan Nevis, St Lucia, St Vincent dan Grenadines dan Tuvalu.

Yang pasti, kita amat bersyukur kerana sistem beraja di Malaysia terus dipertahankan. Institusi diraja bukan sekadar pelengkap adat, misalnya dalam pelbagai majlis besar atau acara keraian rasmi, tetapi lebih daripada itu, yakni sebagai institusi “semak dan imbang”.

Contohnya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pascaPilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018, berjaya mengelak negara terjerumus dalam krisis pentadbiran.

Baca lain  Saya jatuh cinta dengan sukan ini

Baginda diuji dengan tanggungjawab amat berat apabila menyaksikan pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertukar tiga kali dalam tempoh kurang lima tahun selepas PRU-14.

Al-Sultan Abdullah cukup tenang.

Baginda menitikberatkan pendekatan diplomasi berbanding konfrontasi, malah memilih pendekatan bermusyawarah apabila membabitkan keputusan besar negara. Ia termasuk mengadakan mesyuarat bersamasama Raja-Raja Melayu.

Begitu juga peranan penting baginda dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas PRU-15, sekali gus meleraikan kekusutan.

Agong ialah kunci kestabilan, kemakmuran dan sudah pasti perpaduan.

Oleh itu kita mempunyai dua tonggak utama, Ketua Negara dan Penjawat Awam. Sistem beraja juga amat penting di negara berbilang etnik seperti Malaysia.

Ia kerana institusi beraja menyatukan kumpulan etnik yang pelbagai.

Semalam tersingkap satu lagi detik bersejarah di Malaysia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Januari 2019.

Malaysia merupakan sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja Melayu. Daulat Tuanku!.

BERITA LAIN

Kesan alam mula sakit

MINGGU lepas, berpuluh-puluh ribu penumpang terkandas di lapangan terbang utama disebabkan banyak penerbangan domestik dibatalkan, terutama penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak dan Sabah. Begitu

Kesan boikot

PERKATAAN boikot berasal daripada nama Kapten Charles Boycott, ejen tuan tanah bagi pembesar Lord Erne yang tinggal di County Mayo, Ireland. Pembesar berkenaan tidak hanya

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

BERITA TERBARU

Kapit meruan ba ati

TUSUN KETERUBAH TAJA udah tu bejalai jauh beribu batu meri servis pengerai ngagai mensia mayuh ba selampur Sarawak tauka menua bukai, Kapit meruan lekat ba