ARTIKEL

Foto BERNAMA

Agong, permaisuri berbuka puasa bersama pemimpin dan perwakilan asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan serta perwakilan asing di Istana Negara di sini malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada majlis itu yang turut disertai kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Barisan Kabinet yang hadir termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta timbalan-timbalan menteri.

Selain itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal.

Perwakilan asing yang hadir pula antaranya dari Jordan, Arab Saudi, Mesir, Qatar, Turkiye, Palestin, Rusia, Azerbaijan, Indonesia dan Brunei.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama tetamu dengan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah di Surau Utama Istana Negara.

Ini merupakan majlis berbuka puasa pertama Sultan Ibrahim bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan sejak Seri Paduka Baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rampa menua meruan beresi

Aum Parti-Parti (COP) Konvensyen Langkar Pengawa Ubah Klimet Gerempung Bansa Beserakup (UNFCC) ngempuru bemacham raban pemegai taruh antarabansa ari dunya dagang, perintah enggau komuniti sivil.