ARTIKEL

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini Seri Paduka berdoa agar segala pengorbanan rakyat Malaysia  dalam menjaga keharmonian serta kesejahteraan negara akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

“Seri Paduka turut berdoa semoga jemaah haji Malaysia memperoleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air tercinta,” menurut catatan itu.

Menurut Istana Negara Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan keizinan Allah SWT telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah semalam (27 Jun).

Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut sama mengiringi ialah paduka-paduka anakanda Seri Paduka.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua seterusnya akan menyempurnakan tawaf dan saie haji di Masjidil Haram pada hari ini (28 Jun) bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.

“Seri Paduka  menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah dikurniakan keafiatan untuk berwukuf di Arafah dan bermabit di Muzdalifah sebagai persiapan peringkat akhir haji,” menurut catatan itu.

Seri Paduka  berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Julai ini.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 27 Jun, manakala Aidiladha disambut hari ini.

Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha hari ini.-BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU