Trending

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi di Maghribi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Kredit Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Raja Mohammed VI serta kerajaan dan rakyat Maghribi, susulan gempa bumi yang melanda negara itu.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ribuan nyawa dalam tragedi tersebut, serta zahirkan harapan keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut hantaran Istana Negara hari ini.
Baginda berdua mendoakan agar roh-roh mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Dilaporkan, sehingga kini seramai 2,862 orang terkorban dan lebih 2,500 orang cedera dalam tragedi itu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru