ARTIKEL

Len Talif (tengah) menyempurnakan acara simbolik perasmian Agrobank Cawangan Tanjung Manis sambil diperhatikan tetamu lain.

Agro Bank bawa manfaat besar kepada warga Tanjung Manis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kehadiran Agrobank memberi manfaat besar kepada peniaga dan penduduk di Tanjung Manis yang memerlukan khidmat perbankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, berkata kewujudan bank itu bukan sahaja memudahkan aliran tunai tetapi juga mampu merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Malah katanya, usaha itu juga selari dengan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkasakan pendapatan rakyat, khususnya golongan peniaga.

“Oleh itu, bagi memastikan Agrobank terus beroperasi di sini (Tanjung Manis), ia adalah penting bagi kita untuk memberi sokongan sewajarnya.

“Bagi saya usaha itu perlu mendapat dokongan bagi memastikan ia dapat bertahan,” katanya ketika mempromosikan Program Taklimat dan Promosi Bayaran Bukan Tunai Agrobank di Dewan Masyarakat Tanjung Manis, hari ini.

Program disertai seramai 200 peserta yang kebanyakannya peniaga kecil di sekitar daerah ini.

Len Talif turut menyumbangkan RM50 kepada setiap peserta yang mempunyai akaun dengan Agrobank Tanjung Manis, sebagai sokongan terhadap kehadiran bank tersebut.

Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan atas kesudian bank itu menyediakan pinjaman sebanyak RM1.7 juta bagi memudahkan urusan peniaga di daerah tersebut.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU