ARTIKEL

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi pengiktirafan kepada pengamal media yang banyak menerbitkan liputan positif, tepat dan holistik.

Menerusi laporan tersebut, ia dapat meningkatkan dan menyokong imej Agrobank sebagai Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang berperanan dalam pembangunan sektor pertanian serta keterjaminan makanan.

Saya mula mendapat tahu tentang pertandingan Anugerah Media Agrobank menerusi perkongsian mesej dalam aplikasi WhatsApp kumpulan oleh Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Teo pada 8 April lalu. 

Saya akui persaingan tersebut terlalu sengit kerana melibatkan pengamal media dari seluruh Malaysia.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, saya tetap menyimpan hasrat untuk menghantar penyertaan kerana ini merupakan satu-satunya peluang keemasan.

Menang atau kalah, ia adat pertandingan. Kemenangan bukanlah bermaksud penulisan tidak bagus, tetapi perbezaan sedikit markah.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati, pasti menginginkan kejayaan dalam pertandingan.

Saya turut tertarik dengan topik pertanian yang perlu diketengahkan dalam pertandingan tersebut memandangkan saya gemar membuat liputan berkenaan pertanian moden di Sarawak.

Malah, saya akui peranan anak muda dalam memantapkan pertanian menerusi teknologi memainkan peranan sangat penting untuk masa depan ekonomi Sarawak.

Biarpun, pada mulanya saya mengabaikan iklan tersebut, namun saya rasa agak rugi kalau tidak menghantar penyertaan dan mengambil keputusan menyertai pada saat-saat akhir.

Saya memberanikan diri menghantar penulisan untuk dua kategori iaitu kategori: B. Anugerah Media Cetak dan Portal Berita – Rencana dan kategori F: Anugerah Sains dan Teknologi Pertanian Rakan Tani Muda Agrobank.

Selepas itu, saya hanya membiarkan perkara tersebut berlalu kerana yakin diri ini hanya sekadar layak menghantar penyertaan tetapi bukan menjadi pemenang.

Sehinggalah pada 21 Mei lalu, saya mendapat mesej daripada pihak Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang menghantar jemputan untuk hadir ke Majlis Anugerah Media Agrobank 2024.

Saya rasa teragak-agak untuk menghadiri majlis tersebut kerana lokasinya agak jauh iaitu di Hotel Sheraton, Petaling Jaya dan tidak tahu nombor kemenangan.

Bagaimanapun, saya tidak mahu melepaskan peluang.

Ini mungkin datang sekali seumur hidup untuk hadir pada majlis tersebut. Dalam majlis itu, saya akui agak berdebar… sehingga tiba saat nama pemenang Anugerah Sains & Teknologi Pertanian Rakan Tani Muda Agrobank diumumkan.

Saya agak teruja apabila diumumkan sebagai juara bagi kategori tersebut. Ini kerana, saya bersaing dengan wartawan hebat daripada TV3, Kumaran Rajamoney dengan penulisan rencana bertajuk, Inovasi Sistem Pertanian Raih Anugerah Reka Cipta Antarabangsa (tempat ketiga) dan wartawan New Straits Times, Hana Naz Harun dengan rencana bertajuk, The Problem With Local Padi (tempat kedua).

Lebih membanggakan, apabila nama akhbar Suara Sarawak bergema di pentas Anugerah Media Agrobank 2024 di Hostel Sheraton, Petaling Jaya, apabila diumumkan sebagai juara pertandingan.

Datang dari Sarawak semata-mata untuk membawa trofi dan kemenangan buat akhbar Suara Sarawak ialah momen paling bermakna dalam diri saya sebagai wartawan yang baru memasuki empat tahun dalam dunia kewartawanan.

Saya akui berasa sangat teruja dan tidak percaya.

Hanya saya wartawan yang datang dari Sarawak pada malam itu dan ramai rakan media di sana yang bertanya kepada saya; apa Suara Sarawak?

Mereka baru pertama kali mendengar nama akhbar tersebut.

Kepada rakan wartawan, jangan lepaskan peluang untuk menyertai mana-mana pertandingan penulisan kerana kita tidak tahu mungkin kita antara yang bertuah mendapat dan merangkul kemenangan.

Saya juga melahirkan rasa terima kasih Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak, Datuk Dr Jeniri Amir yang banyak memberi sokongan, dorongan dan kata-kata semangat sepanjang bergelar wartawan.

Tidak lupa juga kepada barisan editor, subeditor, grafik dan rakan media yang banyak membantu, tidak lokek ilmu biarpun kerap kali bertanya soalan yang sama.

Dalam pada itu, saya menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MPI dan Agrobank kerana mencipta peluang untuk barisan pengamal media terus berkarya.

Sementara itu, menerusi Anugerah Media Agrobank, terdapat enam kategori dipertandingkan yang melibatkan 130 penyertaan daripada pengamal media di seluruh Malaysia.

Terdapat enam kategori dipertandingkan iaitu: Anugerah Media Cetak dan Portal Berita-Berita Terbaik, Anugerah Media Cetak dan Portal Berita-Rencana Terbaik, Anugerah Media Penyiaran Televisyen dan Video Dalam Talian-Berita Terbaik, Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian-Dokumentari Terbaik, Anugerah Media Radio Terbaik dan Anugerah Sains dan Teknologi Pertanian-Rakan Tani Muda Agrobank Terbaik.

Di samping itu, hanya dua penyertaan dari Sarawak yang memenangi anugerah tersebut iaitu saya sendiri dan wartawan TVS, Febbright Ansie James @ Tuba dengan siaran berjudul, Kepelbagaian Inovasi Dabai Sarawak Jadi Produk Hiliran.

Saya pula menghantar penyertaan artikel berjudul, Ikon Belia Rancakkan Pertanian Moden Sarawak iaitu mengetengahkan peranan belia dalam memantapkan sektor ekonomi pertanian masa depan dengan bantuan teknologi. 

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy