ARTIKEL

Ahli-ahli RCI Batu Puteh menghadap Agong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap ahli-ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang akan mengkaji pengendalian perkara berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, di Istana Negara, di sini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi, pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli suruhanjaya itu yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Raus Sharif.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada 14 Feb lepas, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan RCI itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan pembabitan langsung Peguam Negara Malaysia dan Singapura dalam rundingan.

Anwar pada Disember lepas turut meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Idrus Harun, mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura mengenai kontroversi tuntutan terhadap Batu Puteh.

Baca lain  PM Anwar lawat Bandar Masdar saksikan MOU bernilai US$8 bilion dalam tenaga boleh diperbaharui

Arahan itu meminta Idrus meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit terhadap Batu Puteh yang sudah diserahkan kepada negara jiran itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.

Selain itu, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya. – BERNAMA

CAPTION:

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli RCI di Istana Negara, hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,