NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Ahli Majlis MBKS disarankan turun padang, kenali masyarakat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
RAKAMAN KENANGAN… Datuk Sri Dr Sim Kui Hian (tujuh kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama Datuk Wee Hong Seng (enam kiri) dan Hilmy (enam kanan) serta Ahli Majlis yang lain selepas Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli MBKS di Bangunan MBKS, di sini, hari ini.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) perlu memastikan masyarakat di bawah kawasan tanggungjawabnya mengenali Ahli Majlis yang telah dilantik.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, perkara tersebut penting kerana kawasan seliaan MBKS amat luas.

“Kita perlu memastikan masyarakat tahu siapa Ahli-Ahli Majlis, ini penting kerana peranan kita di sini adalah untuk berkhidmat dan menjadikan bandar raya semakin baik.

“Itulah sebabnya Ahli Majlis perlu turun padang melakukan banyak penglibatan, memahami keperluan dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menerangkan dasar majlis, dasar kerajaan serta melibatkan segmen yang berbeza selain daripada masyarakat di dalam komuniti termasuk pihak berkepentingan,” katanya.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) itu juga berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli MBKS di Bangunan MBKS, di sini, hari ini.

Sementara, majlis tersebut menyaksikan Datuk Wee Hong Seng dilantik semula sebagai Datuk Bandar Kuching Selatan untuk penggal ketiga bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Baca lain  Virus corona: Pintu masuk ke Sarawak diperketatkan

Beliau sebelum ini juga menggantikan bekas Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk James Chan Khay Syn yang menyandang jawatan tersebut dari Jun 2008 hingga Ogos 2019.

Turut mengangkat sumpah bagi pelantikan semula adalah Hilmy Othman sebagai Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan. 

Dalam pada itu, majlis tersebut turut menyaksikan 29 Ahli Majlis mengangkat sumpah termasuk 17 muka baharu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru