Trending

Ahli Parlimen Sri Aman cadang laksana semula GST

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan pada 1 Jun 2018, namun ada beberapa pihak mencadangkan cukai tersebut dilaksanakan semula.

Cadangan tersebut antaranya disuarakan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS – Sri Aman) ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya amat setuju sekiranya GST yang pernah satu ketika dulu jadi kontroversi diperkenalkan semula supaya dapat meluaskan lagi asas pendapatan negara.

“GST terbukti berkesan kerana kesemua 175 negara yang telah melaksanakan GST ini, tiada satu pun yang berpatah balik kecuali Malaysia pada satu ketika dahulu.

“Mohon pendapat kementerian berkenaan perkara ini,” kata ahli Parlimen Sri Aman tersebut.

Sebelum ini Rafizi Ramli pernah berkata, kerajaan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara termasuk fokus membangunkan Cukai Keuntungan Modal, yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah