ARTIKEL

Ahli Parlimen SUPP perlu berada dalam senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan memilih ahli Parlimen dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk berada dalam senarai Timbalan Menterinya.

Pengerusi SUPP Cawangan Stakan Datuk Sim Kiang Chiok yakin pemilihan itu dibuat dengan mengambil kira semangat kerajaan perpaduan.

Katanya, SUPP adalah parti yang paling banyak ‘difitnah’ oleh DAP dan walaupun DAP telah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sarawak, pemimpinnya kini menjual cerita bahawa mereka perlu bertindak baik untuk mendapatkan kerjasama GPS untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Datuk Sim Kiang Chiok

“Ini bermakna DAP tidak ikhlas memohon maaf dan akan berbicara apa sahaja untuk mendapatkan kuasa.

“Untuk membuktikan keikhlasan mereka kepada GPS, mereka perlu menerima bahawa disebabkan tuduhan liar dan kempen fitnah mereka, SUPP mungkin melihat seorang Ahli Parlimen untuk mewakili suara dari Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jelasnya lagi orang ramai perlu faham apa yang dilakukan oleh GPS adalah betul, manakala semua yang mereka (DAP Sarawak) katakan terhadap GPS adalah salah.

Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diperkenalkan  pada Jumaat lalu menyaksikan 28 Ahli Parlimen dipilih dan lima daripadanya adalah Ahli Parlimen dari Sarawak.

Namun, tiada tiada seorang pun daripada lima menteri yang dilantik daripada GPS adalah daripada SUPP.  Tiga menteri terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan masing-masing seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 bulan lalu, SUPP memenangi dua daripada tujuh kerusi yang dipertandingkan.  Dua ahli parlimen daripada SUPP kini ialah Ahli Parlimen Serian Dato Sri Richard Riot dan Ahli Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan