ARTIKEL

Ahli Parlimen Tasek Gelugor dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk merujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat susulan dakwaan pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.

Usul yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Azalina berkata usul untuk merujuk kepada jawatankuasa itu adalah bagi menentukan sama ada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berkenaan mengelirukan Dewan dan merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes tersebut.

Menurutnya pada 28 Februari dan 21 Mac lepas, Wan Saifulruddin telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan seperti dalam Penyata Rasmi muka surat 41 pada 28 Februari lepas dan Penyata Rasmi muka surat 38 dan 39 pada 21 Mac.

“Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di mana secara tersirat telah mendakwa bahawa ada individu yang konon bertindak bagi kerajaan boleh memanipulasi untuk membatal atau menggugur pertuduhan kes mahkamah terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

“Bahawa perbuatan ini telah menunjukkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menyebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah dan boleh dianggap merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes tersebut,” katanya.

Azalina berkata jawatankuasa berkenaan boleh mengambil apa-apa keterangan yang difikirkan perlu dan selepas itu, hendaklah membuat syor dalam satu pertimbangan Dewan.

Ketika membahaskan usul tersebut, Syahredzan Johan (PH-Bangi) berkata walaupun seseorang Ahli Parlimen mempunyai kekebalan untuk membahaskan apa-apa isu ketika bersidang, ia tidak harus disalah guna dan perlu bertanggungjawab.

Malah, katanya, usul tersebut bukanlah untuk menghukum Ahli Parlimen terbabit, sebaliknya satu proses yang wajar untuk menentukan jika terdapat unsur subjudis dalam perbahasannya.

“Dalam jawatankuasa itu bukan sahaja di sebelah sini (kerajaan) sahaja, ada juga di sebelah sana (pembangkang).

“Saya percaya semua yang ada dalam jawatankuasa tersebut akan memberi ruang seluas-luasnya kepadanya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Pada sidang media selepas itu, Wan Saifulruddin mendakwa usul berkenaan adalah ‘cacat’ dan tidak sepatutnya dibahaskan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan