Trending

Ahli perniagaan dicekup miliki dadah bernilai RM22,729

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Seorang ahli perniagaan di sini ditahan setelah memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM22,729 pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya semalam berkata, suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun itu telah dicekup di Lorong Pahlawan pada jam 8 pagi oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai enam paket jus disyaki berisi campuran dadah jenis ecstacy dengan berat kasar 246.28gram.

“Selain itu, dua paket plastik lutsinar berisi pepejal kristal disyaki dadah jenis methamphetamine berat kasar 101.00 gram dan dua paket plastik lutsinar berisi ketulan ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamine anggaran berat kasar 2.10gram turut ditemui bersama suspek,” katanya.

Zulkipli mengatakan berat kasar keseluruhan rampasan adalah 349.38gram dengan nilai semasa keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM22,729.

Beliau mendedahkan ujian saringan air kencing yang dijalankan keatas suspek turut mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine dan benzodiazepine (meth/benzo).

Menurutnya lagi, suspek seterusnya ditangkap dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Suspek telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

“Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 jika disabitkan kesalahan mandatori gantung sampai mati,” tegas beliau.

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, ujarnya lagi, adalah denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru