Ahmad Johnie dilantik Pengerusi Indah Water

SARIKEI: Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi dilantik Pengerusi Lembaga Indah Water Konsortium Sdn Bhd. (IWK)

Beliau menggantikan bekas pengerusinya Amiruddin Abd Aziz yang meletakkan jawatan pada 9 Mei lalu.

Ahmad Johnie, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 14 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai pegawai pentadbiran dan superitenden Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Selepas berhenti daripada perkhidmatan awam, beliau kemudian berkhidmat di sektor swasta dengan memegang beberapa jawatan antaranya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WHS Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam industri perladangan sawit, hartanah, penerbitan dan perhotelan.