ARTIKEL

Aidil Sharin Sahak... Ketua jurulatih.

Aidil ingatkan pemain kekal fokus hadapi Selangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak, mengingatkan pemainnya agar kekal fokus sepanjang 90 minit permainan dalam aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2025/2026 menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam esok (Ahad).

Pasukan itu turun untuk cuba meraih keputusan positif sebagai bekalan menghadapi aksi timbal balik di Kuching pada 18 April nanti.

Jurulatih kelahiran Singapura itu berharap barisan pemain yang diturunkan malam esok dapat mengadaptasi strategi yang digunakan dengan baik.

Menurut Aidil, meskipun tugas mencabar menanti anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut, ia mengambil kira kelebihan dimiliki pasukan tuan rumah.

Namun, beliau percaya ia bukan halangan besar bagi pasukannya menyekat langkah gergasi merah kuning itu.

“Di atas kertas, peluang untuk memenangi perlawanan malam esok lebih kepada Selangor.

“Namun, saya mengingatkan pemain agar fokus kepada perlawanan dan harus bermain dengan semangat juang yang tinggi,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Aidil, beliau akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik malam esok.

“Hanya Ramadhan Saifullah yang terpaksa diketepikan ekoran masih menjalani hukuman penggantungan,” tambah Aidil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU