ALLAH SWT mengurniakan kepada umat Islam dua perayaan sebagai tanda menunjukkan kebesaran nikmat-Nya serta hikmah di sebalik keduaduanya iaitu Aidilfi tri dan Aidiladha.
Aidiladha disambut pada 10 Zulhijah bersempena meraikan umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadah haji.
Kita sedia maklum ibadah Haji merupakan ibadah yang memerlukan pengorbanan yang besar.
Bahkan, Aidiladha membawa mesej penting iaitu erti sebuah persaudaraan yang besar dalam kalangan umat Islam tanpa pernah mengirakan bentuk, warna, kaum dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam al-Quran: “Dan hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berceraiberai”. (maksud Ali-Imran: 103) Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfi tri.”
(maksud hadis riwayat Nasai) Juga kita dianjurkan agar memperbanyak bertasbih, bertahmid dan bertakbir pada perayaan Aidiladha.
Bertepatan dengan hadis daripada Ali dan Ammar RA bahawa Rasulullah SAW: “Baginda SAW sentiasa bertakbir pada hari Arafah selepas solat al-Ghadah (subuh) dan menghentikan selepas solat Asar hari terakhir bagi hari Tasyriq.” (maksud hadis riwayat Hakim)
IBRAH IBADAH KORBAN
Ibadah korban merupakan ibadah penyembelihan binatang ternakan berkaki empat yang sebut juga sebagai al-An’am bermula pada Hari Raya Aidiladha atau pada hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.
Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya itu sekalikali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (maksud al-Hajj: 37)
Jelas dalam ayat tersebut ibadah korban itu sememangnya memiliki syarat yang seharusnya kita penuhi iaitu dilaksanakan hanya kerana ketakwaan kepada Allah SWT dan bukan ibadah korban dilakukan kerana manusia atau selain daripadanya.
Hukum ibadah korban ialah sunat muakad bagi yang berkemampuan atau bagi mereka yang bernazar.
Dan bermulanya ibadah korban selepas solat sunat Aidiladha dan khutbahnya kemudian tamatnya tempoh ketika terbenamnya matahari 13 Zulhijah.
Antara hikmah terbesar di sebalik ibadah korban ialah kita mengambil ibrah atas perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta keluarganya dalam menempuhi cabaran mentaati perintah Allah SWT.
Maka kehadiran Aidiladha sebagai peringatan kepada kita tentang peristiwa Nabi Ibrahim AS yang diuji oleh Allah SWT dengan memerintahkan menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail AS sebagaimana yang terakam dalam al-Quran: “Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anakku!
Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fi kirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab: “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; dengan kehendak Allah, engkau akan mendapatiku termasuk dalam kalangan orang yang sabar.”
(maksud as-Saffat: 102) Oleh itu, berdasarkan kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS merupakan kisah agung mengajarkan kepada kita tentang bagaimana pengorbanan dan keteguhan keimanan mereka berdua ke atas apa-apa sahaja perintah Allah SWT.
Maka sebagai umat Islam kita seharusnya mengambil ibrah atau iktibar berdasarkan sifat takwa para kekasihnya dan betapa teguhnya keimanan mereka dalam mempercayai segala perintah yang diberikan kepada mereka.
Dan itulah syiar Islam yang merupakan tuntutan terhadap umatnya pada hari ini untuk kita tegakkan
