ARTIKEL

Aidiladha tuntut pengorbanan masyarakat Islam 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aidiladha bukan hanya menuntut korban binatang ternakan, sebaliknya melambangkan pengorbanan masyarakat Islam dalam bentuk wang, tenaga dan masa.

Demikian jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang berkata pengorbanan yang dilakukan ini akan membantu masyarakat Islam lain yang lebih memerlukan.

“Aidiladha melambangkan semangat pengorbanan, bukan hanya melalui penyembelihan lembu, tetapi juga melalui pengorbanan kita dalam bentuk wang, tenaga, dan masa. 

“Pengorbanan ini juga bertujuan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dengan mengagihkan sumbangan secara sewajarnya,” katanya. 

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyembelihan Lembu di Taman Sukma di sini, hari ini.

Menjelas mengenai majlis berkenaan, Fadillah berkata program penyembelihan lembu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Ikhwanul Islam telah menjadi tradisi berpanjangan selama 20 tahun.

Pada tahun ini, katanya jawatankuasa penganjur telah mengorbankan kira-kira 12 ekor lembu sebagai tanda penghargaan terhadap usaha mereka. 

“Daging korban ini akan diedarkan kepada golongan yang memerlukan dan peserta yang terlibat dalam majlis tersebut.

“Di kawasan pilihan raya Petra Jaya, jumlah keseluruhan 63 ekor lembu telah disumbangkan kepada pelbagai kawasan DUN dan kawasan parlimen Petra Jaya. 

“Proses pengagihan akan dikendalikan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), bekerjasama dengan surau dan masjid tempatan di tiga kawasan DUN iaitu Satok, Tupong, dan Semariang,” katanya.

Kredit JAPEN
Kredit JAPEN
Kredit JAPEN

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU