ARTIKEL

Aidilfitri: Penetapan RM599 harga maksimum tiket selama dua minggu libat kos besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LANGKAWI: Permintaan untuk penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu akan melibatkan kos yang besar, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke mengulangi bahawa inisiatif itu, yang juga dilaksanakan untuk beberapa musim perayaan lain, dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan tanpa pembiayaan khusus daripada Perbendaharaan.

“… sudah tentu.
Ini yang saya mahu laksanakan sepanjang tahun pemberian tambang subsidi.
“Namun, ia adalah kos yang perlu ditanggung oleh kementerian,” katanya kepada selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, semalam.

Kata Loke, walaupun hanya tiga hari, ia mencecah kos jutaan ringgit, justeru dari segi sumber kewangan ia tidak mencukupi untuk menampung kos sekiranya tempoh terbabit dipanjangkan kepada dua minggu.

Sabtu lepas, Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurut Loke, ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

Sebelum ini, Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) meminta tempoh penetapan RM599 harga maksimum terbabit dipanjang dari tiga hari kepada dua minggu supaya lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah mendapat harga tiket berpatutan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Persatuan itu menyifatkan tempoh tiga hari itu tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan. – Bernama

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan