Aidilfitri yang ceria untuk Ajibah sekeluarga

KUCHING: Keperitan Ajibah Yusup, 42, ibu tujuh anak yang bergantung hidup menjual kuih- muih di Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan yang disiarkan akhbar ini pada selasa mendapatkan perhatian segera Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Selain akhbar Suara Sarawak, berita itu turut tular di laman sosial Facebook dan mengharapkan ada sinar baharu kepada mereka seke- luarga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Fatimah menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan menyam- paikan geran berjumlah RM5,000 kepada Ajibah.

“Geran ini dilulus pada 5 April lalu di bawah Projek Jualan Makanan/Kuih Muih bagi tujuan pembelian peralatan untuk me- ningkatkan hasil jualan kuih-muih Ajibah,” katanya.

Menurutnya, selain geran ini, Ajibah juga akan mengikuti kur- sus kemahiran menerusi Program Pembangunan Usahawan Mikro Kebajikan selepas Aidilfitri nanti supaya dapat meningkatkan lagi hasil jualan dan produknya,” katanya pada majlis penyampaian geran di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini semalam.

Fatimah menambah, Bantuan Kanak-kanak (BKK) RM450 sebu- lan mulai Oktober 2018 sehingga September 2019 turut diluluskan kepada Ajibah.

Sementara itu, Ajibah ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan sumbangan dan keprihatinan banyak pihak terhadapnya.

“Terima kasih kepada orang ramai dan Suara Sarawak yang menyiarkan kisah kami seterusnya membolehkan kami menerima bantuan ini.

“Kalau tidak disiarkan (kisah kami), mungkin masih ada yang tidak nampak akan kesusahan kami.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tampil memberikan bantuan,” kata isteri kepada Mohd Azhar Kutim ,40, yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM200 sebulan.

Menurut Ajibah, suaminya pernah terlibat dalam kemalangan empat tahun lalu dan disebabkan itu beban menanggung keluarga terletak di bahunya.

Suaminya berasal dari Kuala Selangor dan mereka sekeluarga pernah menetap di Kuala Selangor selama 22 tahun sebelum berpindah ke Kampung Tanjung Bundong tiga tahun lepas.

Sejak itu, Ajibah dan keluarga berniaga kecil-kecilan dengan pendapatan sekitar RM700 sebulan.

Dalam kemalangan tersebut, suaminya cedera di kaki kanan dan dipasang besi untuk menyokong tulangnya.

Jika dahulu keluarganya boleh bergantung harap kepada suaminya, kini tidak lagi.

Sejak itu, kehidupan mereka sekeluarga berubah, malah kini terpaksa bergantung kepada hasil pendapatan Ajibah yang berniaga donat dan kuih-muih lain.

Hadir sama Pemangku Pengarah JKMS Joni Nuruddin, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan Sharifah Ranimah Wan Hashim dan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat yang juga Ketua Unit Pembangunan Ekonomi PKMB Samarahan Rozemah Azool.