Trending

AIFFA beri peluang penggiat seni tempatan kembali

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 memberi peluang kepada penggiat seni tempatan untuk kembali dan berkarya di negeri sendiri.

Menurut selebriti terkenal tanah air, Bront Palarae ketika ditemui, Sarawak tidak pernah kekurangan bakat namun banyak bakat tempatan negeri ini berada di luar Sarawak.

Sehubungan itu katanya, dengan adanya AIFFA ini, ia memberi peluang kepada penggiat seni tempatan Sarawak untuk kembali, mendapatkan inspirasi mahupun berkarya di negeri sendiri sekali gus membantu mengembangkan industri perfileman Sarawak.

“Dengan mereka berada di sini, mereka akan rindu untuk tinggal di sini termasuk mendapatkan inspirasi bagi bekerja di sini lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita berkenaan bagaimana AIFFA boleh berkembang dan membantu industri perfileman tempatan Sarawak, di sini, pada Jumaat.

Walau bagaimanapun katanya, sebagaimana negeri-negeri lain, Sarawak juga tidak mempunyai bahan yang mencukupi dan bukan berkembang pada kelajuan yang diinginkan.

“Dari segi bekerjasama, saya fikir ia banyak peluang sekarang. Dengan kita semua menjadi warga global, keadaan menjadi lebih pantas.

“Tetapi filem tidak boleh tergesa-gesa, termasuk juga pembangunan dan saya tahu terdapat banyak kerjasama. Jadi semoga kita dapat melihat lebih banyak pasukan yang diilhamkan oleh Sarawak, bakat, dan semoga ada banyak kerja pembangunan melalui televisyen tempatan yang memberi banyak peluang melalui bakat tempatan,” tambahnya.

Katanya lagi, tanpa mengira sama ada di belakang tabir, mahupun di hadapan kamera, ini adalah yang diperlukan oleh industri perfileman Malaysia secara keseluruhan termasuk di peringkat serantau.

“Kami sentiasa mengalu-alukan bakat hebat di belakang kamera atau di hadapan kamera. Saya berharap untuk bekerja dengan bakat menarik dari Sarawak juga,”tambahnya lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru